Anime, Manga, Facebook, Blog… AKHLAQ!

Dalam pertemuan 5 di bilik SHafie, kami berbincang tentang perkara2 di atas tentang Naruto, Manga, Facebook, Friendster dan sebagainya –> tentang bagaimana perkara2 ini membentuk Akhlaq dan bagaimana kita berakhlaq dalam terlibat tentang perkara2 ini. antara perkara penting – “Akhlaq Bukan Lalang”

Agak sukar untuk mengupas bab sebegini kerana kecetekan ilmu di dada, namun kesungguhan dan keyakinan diri tidak menghalang untuk terus berada di hadapan laptop malah gembira kerana terpilih untuk melakukannya.

Dilihat pada tajuknya, ia agak “general” – Naruto, Manga, anime, blog, friendster, facebook dan sebagainya. Namun, membincangkan ia bukanlah semudah yang disangka, pelbagai pendapat dan komen dihujahkan. Jika tidak diturutkan masa, mungkin mengambil masa lebih dari satu malam untuk dibincangkan.

Pentingkah ia dibincangkan? Salahkah melayari atau mendaftar untuk menjadi ahli friendster, My Space atau facebook? Berdosakah bagi mereka2 yg menggemari blog seperti Pie dan Daus?, malah tatkala melihat hasil nukilan ikhlas mereka, terpaku diri dibuatnya. Apa pula salahnya untuk meminati anime bersiri seperti Naruto mahupun Doraemon?

Semua persoalan itu akan terjawab sekiranya anda terus menyelusuri kupasan ini.

Usrah dimulakan dengan pertanyaan Pie sebagai panel malam itu, tentang watak kartun kegemaran dan kenapa watak tersebut menjadi pilihan. Kelihatan beberapa insan sudah menampakkan minat malah tidak kurang ada yg tersenyum simpul, mungkin terkenang akan nostalgia zaman kanak-kanak yg penuh warna warni. Dari watak Doraemon, Ultraman, Power Rangers sampailah ke watak Usop Sontorian semua menjadi buah bicara malam itu. Yang agak mengejutkan ada diantara jemaah malam itu mememilih watak2 Disney Klasik, namun di sebabkan alasan yg kukuh ttg pemilihan watak tersebut, ia masih boleh diterima umum.

Jika zaman kanak-kanaknya dihiasi dunia fantasi ciptaa kartunis dalam mahupun luar negara, apabila meningkat remaja, friendster, My Space dan Facebook malah blog pula menjadi pilihan. Tidak cukup dengan Friendster, mahu juga mendaftar sebagai ahli Facebook, masih merasakan kekurangan dari segi jumlah kenalan baru My Space pula menjadi sasaran. Fenomena ini tidak terbatas kepada golongan remaja malah turut mempengaruhi golongan dewasa yg berstatus bujang mahupun yg sudah berumah tangga, dan tidak hairan sekiranya golongan atasan seperti para pemimpin turut mempunyai rangkaian2 ini.

Zahirnya, tidak dinafikan semua media2 ini (anime, manga, kartun, facebook, friendster dan etc) boleh dikelaskan sebagai hiburan yg agak ringan, dicipta untuk mengisi masa lapang malah terdapat beberapa ciri yg boleh dikategorikan sebagai islamik. Contohnya, rangkaian seperti facebook dan yg seantero dengannya, sememangnya boleh menjadi pengukuh silaturrahim malah kawan ketika di sekolah tadika masih boleh  dihubungi dengan kehadiran teknologi ini.

Tapi sejauh manakah fungsinya digunakan dengan baik? Bilakah ia boleh dikatakan sebagai satu kesalahan?

Berdasarkan berbincangan malam itu, terdapat beberapa perkara yg boleh menyebabkan semua media ini menjadi kesalahan malah turut memberi kesan negatif kepada akidah, ibadah dan akhlak seseorang yg beragama islam:

  1. Menggoyahkan akidah/iman: Terdapat beberapa mesej yg agak keterlaluan disampaikan oleh para kartunis dalam hasil karya mereka, contohnya gambaran neraka, syurga, dewa, tuhan dan sebagainya dalam animasi terkenal Dragon Ball. Turut menghiperbolakan sesuatu bentuk kuasa dan kebolehan sehingga tak tercapai dek akalmu bak kata Elyana. (ooops..)
  2. Melalaikan: Kerana ingin terus menonton anime bersiri mahupun “English series” seperti Heroes, Prison Break, Gossip Girl dan sebagainya, ada diantara kita yg tidak segan untuk men”jamak”kan solat walaupun tahu tidak memenuhi syarat sah jamak.
  3. Menyebarkan fitnah: Setelah melihat gambar kenalan lelaki anda di facebook bersama seorang gadis sambil tangannya memeluk erat bahu gadis tersebut “daring sekali” , dan anda terus menyebarkan kepada rakan2 anda tentang kelakuan tidak sopan kenalan lelaki anda tersebut. Cuba fikir sekiranya gadis tersebut adalah adik perempuan kenalan anda. Tidakkah anda tergolong dikalangan yg menaburkan fitnah? Fikirlah sendiri…

Apa yg boleh kita lakukan?

Adakah dengan tidak menggunakan “ia”???

Mustahil..mungkin boleh tetapi amat sukar…

Apa kena mengena semua media dan rangkaian ini dengan akhlak seseorang itu?

Terkenang akan analogi Pie tentang sebatang pokok. Manusia ini ibarat sebatang pokok. Yg akarnya adalah akidah, batang pokok sebagai ibadah dan buahnya umpama akhlak.

Akhlak tidak lahir sendiri. Akidah yg kuat melahirkan akhlak muslim sejati. JIka kita kembali kepada analogi pokok tadi, apabila akar menyerap segala racun dan bendasing yg tidak elok, sudah semestinya buah yg dihasilkan cacat malah tidak cukup zat. begitu juga dengan akhlak, jika didedahkan dengan anasir2 jahat, dengan iman yg cukup2 makan, tidak kukuh akidah maka tidak sempurnalah ibadah lalu lahirlah tindakan2 yg tidak mencerminkan akhlak mulia. Sebab itu, anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan media yg jelas menyonsangkan pemikiran mereka demi masa depan mereka. Tapi mungkin anda akan terfikir, anak-anak kecil itu akan kehilangan masa gembira seperti yang pernah kita lalui dulu. Tidak semua media itu menyonsangkan. (Upin dan Ipin kan ada. Sokonglah barangan buatan Malaysia..ooopss, sekadar mempromosikan).

Sebelum menamatkan bicara, sudi2lah menyaksikan telatah2 jemaah usrah. JIka terdapat sebarang komen mahupun pendapat, jangan segan silu untuk ditinggalkan. Malah jika anda tidak berpuas hati dengan entry kali ini, anda boleh menghubungi mana2 jemaah untuk dibaiki dan dibuat pembetulan. Minta maaf sekiranya terkasar bahasa atau terguna nama anda tanpa persetujuan.

Pres ISOC berbicara!
Pres ISOC berbicara!
Tekun Mendengar
Tekun Mendengar

Daus Demam & PEnat

Daus Demam & PEnat

Advertisements

Sekilas Pandang

Kami tidak berwarung namun aktif

Minggu ini kami tidak berwarung kerana naqib kami memberitahu beliau agak sibuk dengan peperiksaan yang menjelang. All the best Pie….bila result keluar?

Namun, ini tidak menghalang kami melakukan aktiviti-aktiviti lain. iyalah…kan kata ERTI HIDUP PADA MEMBERI….

Jumaat, 21 Nov 2008

Beberapa orang akan ke Liverpool Games. Antaranya Cha, Fairus, Nazrin, Khaidir, Nizam, Zahid, dan ramai lagi. Games ini akan berlangsung esok. Selamat berangkat kepada yang akan bermati-matian berlawan. Yang penting ialah semangat kesukanan yang dipupuk, dan peluang bertemu dengan sahabat-sahabat baru semasa di sana.

Khamis, 20 Nov 2008

Alhamdulillah, beberapa orang daripada kami warga warung Dunkirk telah menghadiri Talk by Brother Moez Masoud. Walaupun ISOC lambat mempromosikan event ini, namum attendance was very positive. Ramai juga, sehinggakan bilik yang mapu memuatkan 96 orang ini (A39) hampir penuh.

Bro Moez sememangnya ada karismanya yang tersendiri. Gaya percakapannya bersahaja, namun berjaya untuk memenangi dan menarik perhatian kami para pendengar. Kata-kata beliau memang sedikit sebanyak membuka mata kami.

Kepada yang tidak berkesempatan, saudara Hartono telah sudi merakamkan talk tersebut;

DOWNLOAD AUDIO

Juga sahabat-sahabat berpeluang mengenali siapakah gerangan Moez ini di sini;

KENALI MOEZ MASOUD

Talk ISOC SETERUSNYA

Kami di NOttingham bertuah sungguh menerima kehadiran Mufti Zimbabwe pada Rabu depan. Tak sabar rasanya nak dengan komentari Surah Yusuf.

https://i1.wp.com/farm4.static.flickr.com/3044/3047825268_c070a31599.jpg

Ulasan di Blog Firdaus Rahim :

Tafsir Tour with Mufti of Zimbabwe (Ismail Menk)

Pertemuan 4 = IMAN

Belum sempat tulis. Kita hayati dulu lirik lagu yang popular ini.

Artist : Raihan
Lirik Lagu : Raihan – Iman Mutiara
Raihan – Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

Ini Sejarah Kita

Berhati2 bila mentafsir sesuatu. Satu hadith sahih: Nabi menyebutkan bahawa zaman yang terbaik itu adalah dalam 30 tahun(atau 50) selepas kewafatannya. Maka bagaimanakah kita mentafsirkan bahawa zaman Abasiyyah adalah zaman terbaik era ketamadunan Islam. Mari fikirkan.

Sejarah kita sebermula dari Allah memuliakan Adam diatas para malaikat, kisah2 kita di alam rohani, kita menyaksikan keesaan Allah & mengakuinya sebagai Ilah Rabb. Kemuidan kita diutus ke dunia bukan sia2, kerana ada peranan yang perlu kita mainkan seperti dalam MAnual yang dihantar bersama kita ie Al Quran.

Dari zaman Adam ke nabi2 dan pesuruh seterusnya, ke zaman Muhammad SAW – kalimah tauheed Laa Ilha Illa Allah menjadi ajakan kepada manusia untuk kembali kepada penyaksian bahawa Allah itu Ilah seperti yang disaksikan ketika bermula di Alam rohani. Perjuangan kalimah itu tidak tamat selepas wafatnya nabi, tapi empayar Islam terus bangkit sebagai yang terhebat dan terbesar & terlama dan dan dan dan dan….

Khulafa’ Rashidin memerintah zaman terbaik Islam, kemudian ke zaman Umayyah, Abbasiyah, Ottoma Empire sehingga kejatuhan Khilafah Islamiyah…hingga kini, perjuangan kalimah Laa Ilaha Illa Allah terus diperjuangkan. Allah kata – kalau kita tak ambil peranan untuk itu, Allah gantikan kita dengan yang – (seperti dalam surah MAidah ayat 54)

Selepas kejatuhan Ottoman Empire, adakah perjuangan Islam senyap? Di Mesir, kita melihat orakan langkah oleh bnyk tokoh antaranya termasuk Hassan Al Banna. Di Malaysia, perjuangan itu tidak terus sunyi dan tenggelam. Bahkan, hakikatnya, sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini, perjuangan itu hangat dan sentiasa ada yang mengisinya, tak kiralah melalui sistem demokrasi yang menjadi alat ataupun melalui gerakan2 hebat diperingkat grassroot. Ada juga gerakan2 lain yang hebat sama memperjuangkan agenda yang satu ini sejak dari dulu lagi. Pokok pentingnya, atas keyakinan bahawa Allah membeli para pejuang itu dengan dibayar harga syurga, maka perjuangan itu tidak pernah senyap dan sunyi dari lepas jatuhnya Ottoman Empire, hingga ke hari ini. Gerakan2 ini tidak muncul sekejap2 atau bersifat sementara, tetapi ia adalah berterusan, kerana Allah telah menjamin yang Islam akan kembali lagi memerintah seluruh alam.

Apabila sejarah kita ditulis oleh penjajah dan oleh orang2 yang bersahabat dekat dengan penjajah dengan agenda2 agenda tertentu, perjuangan yang asalnya berteraskan Islam ini hanyalah bertaraf membebaskan tanah air dari penjajah. Hakikatnya, perjuangan2 itu adalah mengembalikan Islam ke tempatnya. Kemudian perjuangan itu berterusan dari lepas merdeka terus menerus hingga ke hari ini. Cumanya sama ada kita tahu ataupun tidak. Sama ada kita ingin buka mata ataupun terus dikabui oleh tulisan sejarah orang2 tertentu. Inilah sejarah kita, yang bermula dari Adam, hinggalah kalau di Malaysia hari ini, ia masih berterusan. Perjuangan meletakkan kalimah Laa Ilaha Illa Allah lebih tinggi dari yang lain, lebih tinggi dari undang2 suruhnajaya Lord Reid. Perjuangan mengembalikan hakikat Islam pada martabat yang sebenar. JZKK. Inilah sejarah kita.

Sultan Muhammad al-Fateh

FOSIS Palestine Conference: Komen 1

DSC09361 by you.

Berdiri: Zul, Ruzaini, Hazwan Aziz, Baz (leicester), Akmal Samudi, Dr Azzam TAmimi, Famy Greenwich, Pok LOh (LOndon), Afif (Leicester), Imran (London), Firdaus Rahim

Duduk: Shafiq , Isa, Akmal Warwick, Shafie (Naqib kami), Zamri (presiden ISOC kami), Hafidz (London), Fathi (Leicester)

KOMEN: Alhamdulillah, warga warong DUNKIRK berjaya menghadiri ke Palestine Conference pada Sabru 1st November. What a great event to start off our November!

Ramai lagi yang datang.. Muaz, Hartono, Awie, Fairuz, Khaidir, ..tapi ada yang balik awal sebab ada urusan lain.

DSC09349 by you.

Dr Azzam Tamimi..penuh karisma, ilmu dan semangat. Bertuah kami dapat berjumpa dengan beliau. Memang ‘meletup’ habis laa…

DSC09372 by you.

Para pelajar perempuan yang turut serta menimba ilmu daripada konference Palestin.

DSC09316 by you.

Dr Daud Abdullah dan Dr Nur Masalha.

//photos-p.friendster.com/photos/14/38/6648341/1_393710251l.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Tentatif Program. Kami mula lewat 52 minit..hehehe..part ni kena improve lagi la…