Anime, Manga, Facebook, Blog… AKHLAQ!

Dalam pertemuan 5 di bilik SHafie, kami berbincang tentang perkara2 di atas tentang Naruto, Manga, Facebook, Friendster dan sebagainya –> tentang bagaimana perkara2 ini membentuk Akhlaq dan bagaimana kita berakhlaq dalam terlibat tentang perkara2 ini. antara perkara penting – “Akhlaq Bukan Lalang”

Agak sukar untuk mengupas bab sebegini kerana kecetekan ilmu di dada, namun kesungguhan dan keyakinan diri tidak menghalang untuk terus berada di hadapan laptop malah gembira kerana terpilih untuk melakukannya.

Dilihat pada tajuknya, ia agak “general” – Naruto, Manga, anime, blog, friendster, facebook dan sebagainya. Namun, membincangkan ia bukanlah semudah yang disangka, pelbagai pendapat dan komen dihujahkan. Jika tidak diturutkan masa, mungkin mengambil masa lebih dari satu malam untuk dibincangkan.

Pentingkah ia dibincangkan? Salahkah melayari atau mendaftar untuk menjadi ahli friendster, My Space atau facebook? Berdosakah bagi mereka2 yg menggemari blog seperti Pie dan Daus?, malah tatkala melihat hasil nukilan ikhlas mereka, terpaku diri dibuatnya. Apa pula salahnya untuk meminati anime bersiri seperti Naruto mahupun Doraemon?

Semua persoalan itu akan terjawab sekiranya anda terus menyelusuri kupasan ini.

Usrah dimulakan dengan pertanyaan Pie sebagai panel malam itu, tentang watak kartun kegemaran dan kenapa watak tersebut menjadi pilihan. Kelihatan beberapa insan sudah menampakkan minat malah tidak kurang ada yg tersenyum simpul, mungkin terkenang akan nostalgia zaman kanak-kanak yg penuh warna warni. Dari watak Doraemon, Ultraman, Power Rangers sampailah ke watak Usop Sontorian semua menjadi buah bicara malam itu. Yang agak mengejutkan ada diantara jemaah malam itu mememilih watak2 Disney Klasik, namun di sebabkan alasan yg kukuh ttg pemilihan watak tersebut, ia masih boleh diterima umum.

Jika zaman kanak-kanaknya dihiasi dunia fantasi ciptaa kartunis dalam mahupun luar negara, apabila meningkat remaja, friendster, My Space dan Facebook malah blog pula menjadi pilihan. Tidak cukup dengan Friendster, mahu juga mendaftar sebagai ahli Facebook, masih merasakan kekurangan dari segi jumlah kenalan baru My Space pula menjadi sasaran. Fenomena ini tidak terbatas kepada golongan remaja malah turut mempengaruhi golongan dewasa yg berstatus bujang mahupun yg sudah berumah tangga, dan tidak hairan sekiranya golongan atasan seperti para pemimpin turut mempunyai rangkaian2 ini.

Zahirnya, tidak dinafikan semua media2 ini (anime, manga, kartun, facebook, friendster dan etc) boleh dikelaskan sebagai hiburan yg agak ringan, dicipta untuk mengisi masa lapang malah terdapat beberapa ciri yg boleh dikategorikan sebagai islamik. Contohnya, rangkaian seperti facebook dan yg seantero dengannya, sememangnya boleh menjadi pengukuh silaturrahim malah kawan ketika di sekolah tadika masih boleh  dihubungi dengan kehadiran teknologi ini.

Tapi sejauh manakah fungsinya digunakan dengan baik? Bilakah ia boleh dikatakan sebagai satu kesalahan?

Berdasarkan berbincangan malam itu, terdapat beberapa perkara yg boleh menyebabkan semua media ini menjadi kesalahan malah turut memberi kesan negatif kepada akidah, ibadah dan akhlak seseorang yg beragama islam:

  1. Menggoyahkan akidah/iman: Terdapat beberapa mesej yg agak keterlaluan disampaikan oleh para kartunis dalam hasil karya mereka, contohnya gambaran neraka, syurga, dewa, tuhan dan sebagainya dalam animasi terkenal Dragon Ball. Turut menghiperbolakan sesuatu bentuk kuasa dan kebolehan sehingga tak tercapai dek akalmu bak kata Elyana. (ooops..)
  2. Melalaikan: Kerana ingin terus menonton anime bersiri mahupun “English series” seperti Heroes, Prison Break, Gossip Girl dan sebagainya, ada diantara kita yg tidak segan untuk men”jamak”kan solat walaupun tahu tidak memenuhi syarat sah jamak.
  3. Menyebarkan fitnah: Setelah melihat gambar kenalan lelaki anda di facebook bersama seorang gadis sambil tangannya memeluk erat bahu gadis tersebut “daring sekali” , dan anda terus menyebarkan kepada rakan2 anda tentang kelakuan tidak sopan kenalan lelaki anda tersebut. Cuba fikir sekiranya gadis tersebut adalah adik perempuan kenalan anda. Tidakkah anda tergolong dikalangan yg menaburkan fitnah? Fikirlah sendiri…

Apa yg boleh kita lakukan?

Adakah dengan tidak menggunakan “ia”???

Mustahil..mungkin boleh tetapi amat sukar…

Apa kena mengena semua media dan rangkaian ini dengan akhlak seseorang itu?

Terkenang akan analogi Pie tentang sebatang pokok. Manusia ini ibarat sebatang pokok. Yg akarnya adalah akidah, batang pokok sebagai ibadah dan buahnya umpama akhlak.

Akhlak tidak lahir sendiri. Akidah yg kuat melahirkan akhlak muslim sejati. JIka kita kembali kepada analogi pokok tadi, apabila akar menyerap segala racun dan bendasing yg tidak elok, sudah semestinya buah yg dihasilkan cacat malah tidak cukup zat. begitu juga dengan akhlak, jika didedahkan dengan anasir2 jahat, dengan iman yg cukup2 makan, tidak kukuh akidah maka tidak sempurnalah ibadah lalu lahirlah tindakan2 yg tidak mencerminkan akhlak mulia. Sebab itu, anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan media yg jelas menyonsangkan pemikiran mereka demi masa depan mereka. Tapi mungkin anda akan terfikir, anak-anak kecil itu akan kehilangan masa gembira seperti yang pernah kita lalui dulu. Tidak semua media itu menyonsangkan. (Upin dan Ipin kan ada. Sokonglah barangan buatan Malaysia..ooopss, sekadar mempromosikan).

Sebelum menamatkan bicara, sudi2lah menyaksikan telatah2 jemaah usrah. JIka terdapat sebarang komen mahupun pendapat, jangan segan silu untuk ditinggalkan. Malah jika anda tidak berpuas hati dengan entry kali ini, anda boleh menghubungi mana2 jemaah untuk dibaiki dan dibuat pembetulan. Minta maaf sekiranya terkasar bahasa atau terguna nama anda tanpa persetujuan.

Pres ISOC berbicara!
Pres ISOC berbicara!
Tekun Mendengar
Tekun Mendengar

Daus Demam & PEnat

Daus Demam & PEnat

Advertisements

14 Responses to “Anime, Manga, Facebook, Blog… AKHLAQ!”

  1. ahmad shafie Says:

    MUAZ ada exam next week –> semoga berjaya
    CHA+PIE ke LEEDS this weekend–>have safe journey
    KHAIDIR–> good luck NUS!!
    FIRDAUS–> semoga baik demam dan dipermudahkan urusan
    NAZRIN + RIZAL –> hmm… senyuman penuh makna!
    FAIRUZ & AKMAL–> semoga dipermudahkan dalam urusan kerja (pengalman berharga)
    SYAFIQ–> hmm …sedap bau masak!
    ZAMRI–> semoga ISOC terus maju dibawah pimpinan

  2. Ruzaini aka TNk Says:

    Daus, demam ketipang payung… hehe

    Neway, Satu article yg bermanfaat dr Saifulislam.com ttg “Akhlak bukan lalang” . Sama2 kita ambil pengajaran =)

    http://saifulislam.com/?p=594

  3. ahmad shafie Says:

    lupe plak: kepada saudara RUZAINI yang sibuknya mengalahkan budak MEdic, semoga Coursework siap dengan baik dan berkualiti, dan semoga urusan management ILUVISLAM smooth senantiasa, dan semoga Allah kurniakan dengan Zaujah yang Qurrata ‘ayun dan juga zuriat yang sebegitu hendaknya…

  4. Joseph Mikael Says:

    bukan tidur daaa….tengah hafal hadith…hehehe

  5. santaibroadgate Says:

    “bagaimana perkara2 ini membentuk Akhlaq dan bagaimana kita berakhlaq dalam terlibat tentang perkara2 ini”

    Rizal cepat update,berminat nak tahu ni..:)

  6. ahmad shafie Says:

    OK! mantap Rizal. walaupun baru, tapi sudah berkeupayaan menulis dengan baik..hehe

    Benar Aqidah akan melahirkan akhlaq yang baik, tapi jgn lupa…buah itu terdedah kepada serangan serangga perosak walaupun aqidah/akarnya cukup baik. adelaa ulat2 yang gatal makan buah tu tadi ~ tuan punya pokok kena peka utk jaga akhlaq/buah danbukan hanya harap akar kuat tadi melahirkan buahy baik. Silap hari buan…ade plak virus2 pokok yang masuk ikut batang/buah lalu merosakkan akar.

    kita turut melihat maksud lagho yang paling sempoi dari segi bahasa & istilahnya serta maksud dari lagho yang mengharamkan music secara total. juga kata2 Allah dalam beberapa tempat mengenai lagho.

    harus sedar bagaimana akhlaq perlu dibentuk, didisiplinkan, dipaksa ketika dimulakan- barulah ia menjadi perbuatan yang tidak memerlukan justifikasi akal sebelum melakukannya (seperti definisi alGhazali)

  7. santaibroadgate Says:

    kupasan yang menarik,rizal…
    terima kasih atas perkongsian ni….:)

  8. santaibroadgate Says:

    salam,
    habis baca entry ni, pg lawat page atiq..nak jgk baca dan lihat perspektif pemikiran die…da tulis komen panjang2,tak boleh post sbb restricted to team members…deyh..tak puas hati sbb dah luah kan perasaan panjang2…tolong panjang kan pada page die..:)

    “salam…
    bila fikir balik sya pon agak tak bersetuju sains dan math dalam bahasa inggeris ni…..bagi saya pemahaman bagi kedua2 subjek itu lebih penting dari bahasa apa yang digunakan untuk mempelajarinya…buat apa kalo belajar dalam bahasa inggeris tapi adeq2 itu sendiri tak berapa faham kedua-dua subjek.bukan pemahaman itu yg lebih penting ke?lebih baik belajar dalam bahasa melayu dan faham betul2,daripada akhirnya tak dapat ape2…

    lagi satu,kerajaan msia tak terfikir ke kenapa kebanyakkan rakyat msia ni dah belajar bahasa inggeris dari tadika tapi penguasaan masih lemah….harap2 sgt,kalo dikaji semula akan sistem pengajaran bahasa inggeris di sekolah2…seingat saya tak ade sorang pon dari cikgu eng saya yang betul2 ajar grammar…ni betul ni…semua macam setengah2 jalan,lps tu bila dah naik sekolah menengah cik aggap kami dah belajar kat sekolah rendah…akhirnya,mcm tu la,separuh jalan…selamat saya tinggal kat bandar adalah acces pada media yang dapatla membantu saya mempelajarinya….bila saya balik kampung,saya tgk adeq2 saudara yang belajar sains dan math dalam bahasa inggeris,dah la tak paham nak baca pon merangkak2…kesian diorg….dua kali ganda tertinggal dari saya masa kecik2 dulu….saya rasa ini sangat merugikan rakyat msia,terutama apabila lihat kaum keluarga sendiri mcm tu,sedey pulak…

    macam manela nak salurkan pendapat ni kpd kerajaan?betul2 berharap agar kerajaan dapat pertimbangkan..”

    :)..tq

  9. joseph mikael Says:

    ”ada diantara jemaah malam itu mememilih watak2 Disney Klasik, namun di sebabkan alasan yg kukuh ttg pemilihan watak tersebut, ia masih boleh diterima umum.”

    joseph terfikir, siapakah ahli jemaah tersebut yea?? hehehe..

    honestly, super mantap tulisan ini. macam membaca majalah yang terhangat di pasaran..Good job rizal (baca: reezal)

    atiq, tukar setting blog ko…heheh

  10. menteri pelajaran Says:

    ”seingat saya tak ade sorang pon dari cikgu eng saya yang betul2 ajar grammar…ni betul ni…semua macam setengah2 jalan,lps tu bila dah naik sekolah menengah cik aggap kami dah belajar kat sekolah rendah”

    sian ye..awak sekolah mana dulu?

  11. santaibroadgate Says:

    Terima kasih Dato Hisyamuddin atas keprihatinan,
    bahaya kalo reveal nama sekolah kat sini, tapi kalo dato nak wat follow up ngn kaji selidik saya takde hal nak bgtau….ni masa depan anak2 bangsa ni..

  12. menteri pelajaran Says:

    ”masa depan anak2 bangsa ni”

    saya bangga ada anak muda seperti kamu (muda kagi kan?)

    boleh sahaja santaibroadgate….nanti saya pass kepada yang bakal gantikan saya..saya nak pindah defence ministry pulak lepas ni..mungkin Husam Musa ganti saya kot.

    p/s: doakan saya menang pemilihan Mac depan.

  13. santaibroadgate Says:

    terima kasih sekali lg dato,selamat berjaya pemilihan nnti..
    bila dah pindah kementerian pertahanan,bom jgn sepah2..nnti ad pulak gosip ala2 mcm kes altantuya..
    saya dah pon isi petisyen berkenaan hal ini..http://www.pkpim.net/v2/info/petisyen.html

    p/s:maaf rizal,memenuhkan komen post ko ngn benda2 yang tak berkaitan ngn tajuk…tapi,perihal anak bangsa tak pe kan..:)

  14. langkah terabur Says:

    hiburan boleh jadi satu dadah yang boleh jadi lebih bahaya dari dadah morphine atau heroin.. ianya boleh menyekat kemampuan minda dan menumpulkan iman serta melupakan kita akan tanggungjawab yang ada.

    macam mana perokok selalu pesan kepada orang yang merokok supaya jgn cuba merokok, saya pesan juga supaya sesiapa yang tidak tengok anime dan manga agar jangan mencuba2. nescaya kan tertagih!

    amaran keras ni.

    saya pun nak usaha hentikan tgk..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: