Lama dah tak qiam… Jom!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Setelah lama sungguh kita tidak berwarung, alhamdulillah semalam telah berlangsung satu sesi warung. Apa pengisiannya? Saya tidak tahu lah pulak sebab saya tidak dapat menghadirkan diri. Sayang sungguh. Sebabnya adalah hari ni (pagi tadi) saya ada peperiksaan besar universiti. Peperiksaan saya ini sistem pemarkahannya sangat ketat, mengajar pelajar-pelajar membuat keputusan yang tepat.

Bagaimana ketatnya sistem pemarkahan bagi modul ini? Biar saya terangkan. Setiap pelajar akan diberikan dengan satu set soalan yang mengandungi beberapa kes. Bilangan kes biasanya antara 6 dan 8.  Kes-kes ini adalah berdasarkan situasi sebenar seharian seorang ahli farmasi. Kami perlu membuat keputusan yang tepat dengan pantas. Keputusan yang silap mungkin boleh meragut nyawa pesakit.

Oleh itu, untuk setiap satu kes yang diberikan, markah penuhnya adalah 10 sahaja. Bermula dengan markah 10, markah akan ditolak berdasarkan berat atau tidak kesilapan yang dilakukan. Kesilapan ringan akan ditolak sebanyak 1 atau 5 markah, kesilapan sederhana berat bernilai -10 markah dan kesilapan yang berat (yang dalam kehidupan seharian mungkin boleh menyebabkan kita diheret ke mahkamah atau hilangnya nyawa pesakit) bernilai -35 markah! Markah lulus modul ini adalah 70%.

Ganas kan?

Baiklah, balik pada tajuk. Lama sebenarnya kita tidak berqiamullail kan? Apa kata kita qiam? Saya mengajak semua untuk hadir pada:

  • Sabtu (9 Mei 2009)
  • 3pagi (perlu punctual sebab subuh 3.23 pagi)
  • Masjid, Bangunan Portland (jangan lupa bawa kad pelajar)

Sesi ini saya sasarkan untuk buat dalam tempoh yang pendek sahaja. Tidak lama, cuma 20 minit. Bukan apa, ingin mengasuh kita untuk beristiqamah dengan qiamullail, bangun walaupun sekadar solat 1 rakaat witir. Saya tidak mahu kita merasakan qiam ini berat, perlu 8-10 rakaaat, solat tasbih yang panjang dan mengambil masa berjam-jam. Itu yang saya rasa menyebabkan kita rasa berat qiam. Tak ke?

Lastly, sunnatullah kalau nak bangun awal kena lah tidur awal. Jadi, malam ni semua tidur awal jom! Agar dapat bangun qiam!

Oleh itu, ayuh! Mari meramaikan!

NMS dan ISoc

Sekarang ni tempoh hangat sesuatu badan untuk mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru dalam mesyuarat agung tahunan. Ada yang dipanggil AGM, ada yang dipanggil Pemilihan, ada yang dipanggil mesyuarat agung, dan ada juga yang dipanggil Muktamar. Apa pun istilah yang digunakan, semuanya berkisar kepada hendak menilai balik kepimpinan yang lepas, mencari kelemahan dan ada, membincangkan apa langkah terbaik untuk diatasi, membincangkan hala tuju badan tersebut dan tidak ketinggalan juga melantik kepimpinan baru.

Kami di Nottingham pun tidak mahulah ketinggalan juga. Nottingham Malaysia Society (NMS) dan Islamic Society (ISoc) pun telah mengadakan AGM masing-masing.

Alhamdulillah setelah AGM dijalankan, kepimpinan baru telah pun dipilih. Mudah-mudahan barisan pemimpin baru ini dapat membawa persatuan masing-masing ke arah yang lebih baik, jadikannya sebagai ibadah dan pastikan segala aktiviti yang dijalankan mestilah diredhai Allah SWT.

Tahniah diucapkan kepada barisan baru yang dilantik! Berikut adalah exco baru NMS dan ISoc:

NMS:

  • Presiden: Fiqry
  • Vice-Pres: Amira
  • General Secretary: Izreena
  • Treasurer: Joanne
  • Sports Sec: Liyana
  • Welfare Sec: Su
  • Social Sec: Khaidir
  • Publicity Sec: Desmond

Isoc pula:

  • Presiden: Br Akmal
  • Vice-presiden 1: Br Hussein
  • Vice-presiden 2: Sis Safoora
  • General Secretary: Sis Ameena
  • Treasurer: Sis Seema

Mudah-mudahan anda semua sentiasa berusaha kuat dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan. InsyaAllah banyak pahala mengalir masuk kalau buat kerja dengan sehabis baik dan ikhlas.