Warung yang kurindui

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Rindu pula dengan warung dunkirk. Di kala ahli-ahli NMS terutamanya Liyana and the Gang sibuk dengan persediaan Fresher’s Camp dan Nottingham Games, Akmal and the Gang sibuk dengan Charity Week yang akan berlangsung tidak lama lagi dan melayan karenah Muslims yang pelbagai di Nottingham ini.

Apa-apa hal pun, Warung Dunkirk tetap dirindui. Pada kawan-kawan yang telah pulang ke Malaysia untuk meneruskan hidup masing-masing setelah persinggahan di bumi UK berakhir, pada kawan-kawan yang telah melangkah ke alam tahun akhir, pada kawan-kawan yang menggantikan mereka yang pulang, diharapkan semua sentiasa tenang, happy dan ceria menghadapi ranjau kehidupan yang sentiasa mendatang. Ingat ahli-ahli warung dalam doa kalian ye.

Coretan kecil ahli warung.

Lama dah tak qiam… Jom!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Setelah lama sungguh kita tidak berwarung, alhamdulillah semalam telah berlangsung satu sesi warung. Apa pengisiannya? Saya tidak tahu lah pulak sebab saya tidak dapat menghadirkan diri. Sayang sungguh. Sebabnya adalah hari ni (pagi tadi) saya ada peperiksaan besar universiti. Peperiksaan saya ini sistem pemarkahannya sangat ketat, mengajar pelajar-pelajar membuat keputusan yang tepat.

Bagaimana ketatnya sistem pemarkahan bagi modul ini? Biar saya terangkan. Setiap pelajar akan diberikan dengan satu set soalan yang mengandungi beberapa kes. Bilangan kes biasanya antara 6 dan 8.  Kes-kes ini adalah berdasarkan situasi sebenar seharian seorang ahli farmasi. Kami perlu membuat keputusan yang tepat dengan pantas. Keputusan yang silap mungkin boleh meragut nyawa pesakit.

Oleh itu, untuk setiap satu kes yang diberikan, markah penuhnya adalah 10 sahaja. Bermula dengan markah 10, markah akan ditolak berdasarkan berat atau tidak kesilapan yang dilakukan. Kesilapan ringan akan ditolak sebanyak 1 atau 5 markah, kesilapan sederhana berat bernilai -10 markah dan kesilapan yang berat (yang dalam kehidupan seharian mungkin boleh menyebabkan kita diheret ke mahkamah atau hilangnya nyawa pesakit) bernilai -35 markah! Markah lulus modul ini adalah 70%.

Ganas kan?

Baiklah, balik pada tajuk. Lama sebenarnya kita tidak berqiamullail kan? Apa kata kita qiam? Saya mengajak semua untuk hadir pada:

  • Sabtu (9 Mei 2009)
  • 3pagi (perlu punctual sebab subuh 3.23 pagi)
  • Masjid, Bangunan Portland (jangan lupa bawa kad pelajar)

Sesi ini saya sasarkan untuk buat dalam tempoh yang pendek sahaja. Tidak lama, cuma 20 minit. Bukan apa, ingin mengasuh kita untuk beristiqamah dengan qiamullail, bangun walaupun sekadar solat 1 rakaat witir. Saya tidak mahu kita merasakan qiam ini berat, perlu 8-10 rakaaat, solat tasbih yang panjang dan mengambil masa berjam-jam. Itu yang saya rasa menyebabkan kita rasa berat qiam. Tak ke?

Lastly, sunnatullah kalau nak bangun awal kena lah tidur awal. Jadi, malam ni semua tidur awal jom! Agar dapat bangun qiam!

Oleh itu, ayuh! Mari meramaikan!

NMS dan ISoc

Sekarang ni tempoh hangat sesuatu badan untuk mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru dalam mesyuarat agung tahunan. Ada yang dipanggil AGM, ada yang dipanggil Pemilihan, ada yang dipanggil mesyuarat agung, dan ada juga yang dipanggil Muktamar. Apa pun istilah yang digunakan, semuanya berkisar kepada hendak menilai balik kepimpinan yang lepas, mencari kelemahan dan ada, membincangkan apa langkah terbaik untuk diatasi, membincangkan hala tuju badan tersebut dan tidak ketinggalan juga melantik kepimpinan baru.

Kami di Nottingham pun tidak mahulah ketinggalan juga. Nottingham Malaysia Society (NMS) dan Islamic Society (ISoc) pun telah mengadakan AGM masing-masing.

Alhamdulillah setelah AGM dijalankan, kepimpinan baru telah pun dipilih. Mudah-mudahan barisan pemimpin baru ini dapat membawa persatuan masing-masing ke arah yang lebih baik, jadikannya sebagai ibadah dan pastikan segala aktiviti yang dijalankan mestilah diredhai Allah SWT.

Tahniah diucapkan kepada barisan baru yang dilantik! Berikut adalah exco baru NMS dan ISoc:

NMS:

  • Presiden: Fiqry
  • Vice-Pres: Amira
  • General Secretary: Izreena
  • Treasurer: Joanne
  • Sports Sec: Liyana
  • Welfare Sec: Su
  • Social Sec: Khaidir
  • Publicity Sec: Desmond

Isoc pula:

  • Presiden: Br Akmal
  • Vice-presiden 1: Br Hussein
  • Vice-presiden 2: Sis Safoora
  • General Secretary: Sis Ameena
  • Treasurer: Sis Seema

Mudah-mudahan anda semua sentiasa berusaha kuat dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan. InsyaAllah banyak pahala mengalir masuk kalau buat kerja dengan sehabis baik dan ikhlas.

Surat Cinta kami kepada Pak Lah

Bukti Cinta kami warga Warung dunkirk kepada Pak Lah ialah dengan berdakwah kepadanya. Anda bagaimana?

img_0002

Surat Gempar kepada Mawi

Berikut merupakan surat terbuka warga Warung Dunkirk kepada saudara Mawi.

img_0003

Anime, Manga, Facebook, Blog… AKHLAQ!

Dalam pertemuan 5 di bilik SHafie, kami berbincang tentang perkara2 di atas tentang Naruto, Manga, Facebook, Friendster dan sebagainya –> tentang bagaimana perkara2 ini membentuk Akhlaq dan bagaimana kita berakhlaq dalam terlibat tentang perkara2 ini. antara perkara penting – “Akhlaq Bukan Lalang”

Agak sukar untuk mengupas bab sebegini kerana kecetekan ilmu di dada, namun kesungguhan dan keyakinan diri tidak menghalang untuk terus berada di hadapan laptop malah gembira kerana terpilih untuk melakukannya.

Dilihat pada tajuknya, ia agak “general” – Naruto, Manga, anime, blog, friendster, facebook dan sebagainya. Namun, membincangkan ia bukanlah semudah yang disangka, pelbagai pendapat dan komen dihujahkan. Jika tidak diturutkan masa, mungkin mengambil masa lebih dari satu malam untuk dibincangkan.

Pentingkah ia dibincangkan? Salahkah melayari atau mendaftar untuk menjadi ahli friendster, My Space atau facebook? Berdosakah bagi mereka2 yg menggemari blog seperti Pie dan Daus?, malah tatkala melihat hasil nukilan ikhlas mereka, terpaku diri dibuatnya. Apa pula salahnya untuk meminati anime bersiri seperti Naruto mahupun Doraemon?

Semua persoalan itu akan terjawab sekiranya anda terus menyelusuri kupasan ini.

Usrah dimulakan dengan pertanyaan Pie sebagai panel malam itu, tentang watak kartun kegemaran dan kenapa watak tersebut menjadi pilihan. Kelihatan beberapa insan sudah menampakkan minat malah tidak kurang ada yg tersenyum simpul, mungkin terkenang akan nostalgia zaman kanak-kanak yg penuh warna warni. Dari watak Doraemon, Ultraman, Power Rangers sampailah ke watak Usop Sontorian semua menjadi buah bicara malam itu. Yang agak mengejutkan ada diantara jemaah malam itu mememilih watak2 Disney Klasik, namun di sebabkan alasan yg kukuh ttg pemilihan watak tersebut, ia masih boleh diterima umum.

Jika zaman kanak-kanaknya dihiasi dunia fantasi ciptaa kartunis dalam mahupun luar negara, apabila meningkat remaja, friendster, My Space dan Facebook malah blog pula menjadi pilihan. Tidak cukup dengan Friendster, mahu juga mendaftar sebagai ahli Facebook, masih merasakan kekurangan dari segi jumlah kenalan baru My Space pula menjadi sasaran. Fenomena ini tidak terbatas kepada golongan remaja malah turut mempengaruhi golongan dewasa yg berstatus bujang mahupun yg sudah berumah tangga, dan tidak hairan sekiranya golongan atasan seperti para pemimpin turut mempunyai rangkaian2 ini.

Zahirnya, tidak dinafikan semua media2 ini (anime, manga, kartun, facebook, friendster dan etc) boleh dikelaskan sebagai hiburan yg agak ringan, dicipta untuk mengisi masa lapang malah terdapat beberapa ciri yg boleh dikategorikan sebagai islamik. Contohnya, rangkaian seperti facebook dan yg seantero dengannya, sememangnya boleh menjadi pengukuh silaturrahim malah kawan ketika di sekolah tadika masih boleh  dihubungi dengan kehadiran teknologi ini.

Tapi sejauh manakah fungsinya digunakan dengan baik? Bilakah ia boleh dikatakan sebagai satu kesalahan?

Berdasarkan berbincangan malam itu, terdapat beberapa perkara yg boleh menyebabkan semua media ini menjadi kesalahan malah turut memberi kesan negatif kepada akidah, ibadah dan akhlak seseorang yg beragama islam:

  1. Menggoyahkan akidah/iman: Terdapat beberapa mesej yg agak keterlaluan disampaikan oleh para kartunis dalam hasil karya mereka, contohnya gambaran neraka, syurga, dewa, tuhan dan sebagainya dalam animasi terkenal Dragon Ball. Turut menghiperbolakan sesuatu bentuk kuasa dan kebolehan sehingga tak tercapai dek akalmu bak kata Elyana. (ooops..)
  2. Melalaikan: Kerana ingin terus menonton anime bersiri mahupun “English series” seperti Heroes, Prison Break, Gossip Girl dan sebagainya, ada diantara kita yg tidak segan untuk men”jamak”kan solat walaupun tahu tidak memenuhi syarat sah jamak.
  3. Menyebarkan fitnah: Setelah melihat gambar kenalan lelaki anda di facebook bersama seorang gadis sambil tangannya memeluk erat bahu gadis tersebut “daring sekali” , dan anda terus menyebarkan kepada rakan2 anda tentang kelakuan tidak sopan kenalan lelaki anda tersebut. Cuba fikir sekiranya gadis tersebut adalah adik perempuan kenalan anda. Tidakkah anda tergolong dikalangan yg menaburkan fitnah? Fikirlah sendiri…

Apa yg boleh kita lakukan?

Adakah dengan tidak menggunakan “ia”???

Mustahil..mungkin boleh tetapi amat sukar…

Apa kena mengena semua media dan rangkaian ini dengan akhlak seseorang itu?

Terkenang akan analogi Pie tentang sebatang pokok. Manusia ini ibarat sebatang pokok. Yg akarnya adalah akidah, batang pokok sebagai ibadah dan buahnya umpama akhlak.

Akhlak tidak lahir sendiri. Akidah yg kuat melahirkan akhlak muslim sejati. JIka kita kembali kepada analogi pokok tadi, apabila akar menyerap segala racun dan bendasing yg tidak elok, sudah semestinya buah yg dihasilkan cacat malah tidak cukup zat. begitu juga dengan akhlak, jika didedahkan dengan anasir2 jahat, dengan iman yg cukup2 makan, tidak kukuh akidah maka tidak sempurnalah ibadah lalu lahirlah tindakan2 yg tidak mencerminkan akhlak mulia. Sebab itu, anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan media yg jelas menyonsangkan pemikiran mereka demi masa depan mereka. Tapi mungkin anda akan terfikir, anak-anak kecil itu akan kehilangan masa gembira seperti yang pernah kita lalui dulu. Tidak semua media itu menyonsangkan. (Upin dan Ipin kan ada. Sokonglah barangan buatan Malaysia..ooopss, sekadar mempromosikan).

Sebelum menamatkan bicara, sudi2lah menyaksikan telatah2 jemaah usrah. JIka terdapat sebarang komen mahupun pendapat, jangan segan silu untuk ditinggalkan. Malah jika anda tidak berpuas hati dengan entry kali ini, anda boleh menghubungi mana2 jemaah untuk dibaiki dan dibuat pembetulan. Minta maaf sekiranya terkasar bahasa atau terguna nama anda tanpa persetujuan.

Pres ISOC berbicara!
Pres ISOC berbicara!
Tekun Mendengar
Tekun Mendengar

Daus Demam & PEnat

Daus Demam & PEnat

Kami tidak berwarung namun aktif

Minggu ini kami tidak berwarung kerana naqib kami memberitahu beliau agak sibuk dengan peperiksaan yang menjelang. All the best Pie….bila result keluar?

Namun, ini tidak menghalang kami melakukan aktiviti-aktiviti lain. iyalah…kan kata ERTI HIDUP PADA MEMBERI….

Jumaat, 21 Nov 2008

Beberapa orang akan ke Liverpool Games. Antaranya Cha, Fairus, Nazrin, Khaidir, Nizam, Zahid, dan ramai lagi. Games ini akan berlangsung esok. Selamat berangkat kepada yang akan bermati-matian berlawan. Yang penting ialah semangat kesukanan yang dipupuk, dan peluang bertemu dengan sahabat-sahabat baru semasa di sana.

Khamis, 20 Nov 2008

Alhamdulillah, beberapa orang daripada kami warga warung Dunkirk telah menghadiri Talk by Brother Moez Masoud. Walaupun ISOC lambat mempromosikan event ini, namum attendance was very positive. Ramai juga, sehinggakan bilik yang mapu memuatkan 96 orang ini (A39) hampir penuh.

Bro Moez sememangnya ada karismanya yang tersendiri. Gaya percakapannya bersahaja, namun berjaya untuk memenangi dan menarik perhatian kami para pendengar. Kata-kata beliau memang sedikit sebanyak membuka mata kami.

Kepada yang tidak berkesempatan, saudara Hartono telah sudi merakamkan talk tersebut;

DOWNLOAD AUDIO

Juga sahabat-sahabat berpeluang mengenali siapakah gerangan Moez ini di sini;

KENALI MOEZ MASOUD

Talk ISOC SETERUSNYA

Kami di NOttingham bertuah sungguh menerima kehadiran Mufti Zimbabwe pada Rabu depan. Tak sabar rasanya nak dengan komentari Surah Yusuf.

https://i1.wp.com/farm4.static.flickr.com/3044/3047825268_c070a31599.jpg

Ulasan di Blog Firdaus Rahim :

Tafsir Tour with Mufti of Zimbabwe (Ismail Menk)