Anime, Manga, Facebook, Blog… AKHLAQ!

Dalam pertemuan 5 di bilik SHafie, kami berbincang tentang perkara2 di atas tentang Naruto, Manga, Facebook, Friendster dan sebagainya –> tentang bagaimana perkara2 ini membentuk Akhlaq dan bagaimana kita berakhlaq dalam terlibat tentang perkara2 ini. antara perkara penting – “Akhlaq Bukan Lalang”

Agak sukar untuk mengupas bab sebegini kerana kecetekan ilmu di dada, namun kesungguhan dan keyakinan diri tidak menghalang untuk terus berada di hadapan laptop malah gembira kerana terpilih untuk melakukannya.

Dilihat pada tajuknya, ia agak “general” – Naruto, Manga, anime, blog, friendster, facebook dan sebagainya. Namun, membincangkan ia bukanlah semudah yang disangka, pelbagai pendapat dan komen dihujahkan. Jika tidak diturutkan masa, mungkin mengambil masa lebih dari satu malam untuk dibincangkan.

Pentingkah ia dibincangkan? Salahkah melayari atau mendaftar untuk menjadi ahli friendster, My Space atau facebook? Berdosakah bagi mereka2 yg menggemari blog seperti Pie dan Daus?, malah tatkala melihat hasil nukilan ikhlas mereka, terpaku diri dibuatnya. Apa pula salahnya untuk meminati anime bersiri seperti Naruto mahupun Doraemon?

Semua persoalan itu akan terjawab sekiranya anda terus menyelusuri kupasan ini.

Usrah dimulakan dengan pertanyaan Pie sebagai panel malam itu, tentang watak kartun kegemaran dan kenapa watak tersebut menjadi pilihan. Kelihatan beberapa insan sudah menampakkan minat malah tidak kurang ada yg tersenyum simpul, mungkin terkenang akan nostalgia zaman kanak-kanak yg penuh warna warni. Dari watak Doraemon, Ultraman, Power Rangers sampailah ke watak Usop Sontorian semua menjadi buah bicara malam itu. Yang agak mengejutkan ada diantara jemaah malam itu mememilih watak2 Disney Klasik, namun di sebabkan alasan yg kukuh ttg pemilihan watak tersebut, ia masih boleh diterima umum.

Jika zaman kanak-kanaknya dihiasi dunia fantasi ciptaa kartunis dalam mahupun luar negara, apabila meningkat remaja, friendster, My Space dan Facebook malah blog pula menjadi pilihan. Tidak cukup dengan Friendster, mahu juga mendaftar sebagai ahli Facebook, masih merasakan kekurangan dari segi jumlah kenalan baru My Space pula menjadi sasaran. Fenomena ini tidak terbatas kepada golongan remaja malah turut mempengaruhi golongan dewasa yg berstatus bujang mahupun yg sudah berumah tangga, dan tidak hairan sekiranya golongan atasan seperti para pemimpin turut mempunyai rangkaian2 ini.

Zahirnya, tidak dinafikan semua media2 ini (anime, manga, kartun, facebook, friendster dan etc) boleh dikelaskan sebagai hiburan yg agak ringan, dicipta untuk mengisi masa lapang malah terdapat beberapa ciri yg boleh dikategorikan sebagai islamik. Contohnya, rangkaian seperti facebook dan yg seantero dengannya, sememangnya boleh menjadi pengukuh silaturrahim malah kawan ketika di sekolah tadika masih boleh  dihubungi dengan kehadiran teknologi ini.

Tapi sejauh manakah fungsinya digunakan dengan baik? Bilakah ia boleh dikatakan sebagai satu kesalahan?

Berdasarkan berbincangan malam itu, terdapat beberapa perkara yg boleh menyebabkan semua media ini menjadi kesalahan malah turut memberi kesan negatif kepada akidah, ibadah dan akhlak seseorang yg beragama islam:

  1. Menggoyahkan akidah/iman: Terdapat beberapa mesej yg agak keterlaluan disampaikan oleh para kartunis dalam hasil karya mereka, contohnya gambaran neraka, syurga, dewa, tuhan dan sebagainya dalam animasi terkenal Dragon Ball. Turut menghiperbolakan sesuatu bentuk kuasa dan kebolehan sehingga tak tercapai dek akalmu bak kata Elyana. (ooops..)
  2. Melalaikan: Kerana ingin terus menonton anime bersiri mahupun “English series” seperti Heroes, Prison Break, Gossip Girl dan sebagainya, ada diantara kita yg tidak segan untuk men”jamak”kan solat walaupun tahu tidak memenuhi syarat sah jamak.
  3. Menyebarkan fitnah: Setelah melihat gambar kenalan lelaki anda di facebook bersama seorang gadis sambil tangannya memeluk erat bahu gadis tersebut “daring sekali” , dan anda terus menyebarkan kepada rakan2 anda tentang kelakuan tidak sopan kenalan lelaki anda tersebut. Cuba fikir sekiranya gadis tersebut adalah adik perempuan kenalan anda. Tidakkah anda tergolong dikalangan yg menaburkan fitnah? Fikirlah sendiri…

Apa yg boleh kita lakukan?

Adakah dengan tidak menggunakan “ia”???

Mustahil..mungkin boleh tetapi amat sukar…

Apa kena mengena semua media dan rangkaian ini dengan akhlak seseorang itu?

Terkenang akan analogi Pie tentang sebatang pokok. Manusia ini ibarat sebatang pokok. Yg akarnya adalah akidah, batang pokok sebagai ibadah dan buahnya umpama akhlak.

Akhlak tidak lahir sendiri. Akidah yg kuat melahirkan akhlak muslim sejati. JIka kita kembali kepada analogi pokok tadi, apabila akar menyerap segala racun dan bendasing yg tidak elok, sudah semestinya buah yg dihasilkan cacat malah tidak cukup zat. begitu juga dengan akhlak, jika didedahkan dengan anasir2 jahat, dengan iman yg cukup2 makan, tidak kukuh akidah maka tidak sempurnalah ibadah lalu lahirlah tindakan2 yg tidak mencerminkan akhlak mulia. Sebab itu, anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan media yg jelas menyonsangkan pemikiran mereka demi masa depan mereka. Tapi mungkin anda akan terfikir, anak-anak kecil itu akan kehilangan masa gembira seperti yang pernah kita lalui dulu. Tidak semua media itu menyonsangkan. (Upin dan Ipin kan ada. Sokonglah barangan buatan Malaysia..ooopss, sekadar mempromosikan).

Sebelum menamatkan bicara, sudi2lah menyaksikan telatah2 jemaah usrah. JIka terdapat sebarang komen mahupun pendapat, jangan segan silu untuk ditinggalkan. Malah jika anda tidak berpuas hati dengan entry kali ini, anda boleh menghubungi mana2 jemaah untuk dibaiki dan dibuat pembetulan. Minta maaf sekiranya terkasar bahasa atau terguna nama anda tanpa persetujuan.

Pres ISOC berbicara!
Pres ISOC berbicara!
Tekun Mendengar
Tekun Mendengar

Daus Demam & PEnat

Daus Demam & PEnat